Isnin, 24 Oktober 2011

Ketahui Corak Pemikiran kita..??



Apakah pemikiran positif?

Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan
ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina.
Apakah manfaat yang saya dapat dengan berfikiran positif?
• Pada keseluruhannya anda akan merasa bahagia
• Anda akan disenangi dan dihormati
• Anda akan mudah mendapat kawan
• Anda akan menjalinkan hubungan sosial yang baik
• Anda berupaya untuk menangani stres dengan menjadikan keadaan negatif sebagai
peluang untuk anda belajar
• Anda cenderung melihat kebaikan orang lain dan ini akan mengelakkan wujud
permusuhan di antara anda dan orang lain
Adakah saya belum berfikiran positif?
Kemungkinan anda sudah berfikiran positif. Walau bagaimanapun kadang-kadang tercetus
pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan kita membuat kesilapan dalam berfikir.
Kesilapan dalam berfikir dan pemikiran yang tidak rasional adalah punca utama
menyebabkan terjadinya pemikiran negatif. Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi
negatif seperti stres, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku
tingkah laku negatif seperti pergaduhan.
Apakah pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam
berfikir?
Pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir adalah cara pemikiran yang tidak
berasas dan mengakibatkan perasaan negatif dan ketidakupayaan. Cara pemikiran sedemikian
tidak memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, ia tetap
berlaku dan menjadi lumrah kehidupan.

2 ulasan:

  1. Entri yg menarik sekali brow.
    Nice blog

    BalasPadam
  2. terima kasi....kalau ada pandangan atau pendapat..lontarkan aja ke blog ni..harap dapat membantu saya berblog...

    BalasPadam