Khamis, 27 Oktober 2011

pemikiran.

Cara pemikiran berkenaan termasuk:
• Berfikir hanya untuk mendapatkan kesemua atau tidak dapat langsung
o Mempunyai alasan yang mendesak dan hanya kata dua
o Contoh: 'Jikalau saya tidak diterima masuk ke kelas yang terbaik, bermakna
saya tidak berguna langsung'
o Pemulihan: Ulang kaji tujuan matlamat anda kerana mungkin anda meletakan
matlamat pencapaian yang tidak munasabah
• Mudah membuat kesimpulan
o Disebabkan oleh satu kejadian atau satu kesilapan seseorang, maka
keseluruhan peristiwa atau seseorang itu dinilai dan dipandang rendah
o Contoh: 'Dia selalu lewat dan tidak pernah datang awal!'
o Pemulihan: Membuat penilaian yang teliti dan jangan membuat keputusan
yang melulu terhadap seseorang - 'Dia kerap sampai lewat, atau sekurang
kurangnya sewaktu terserempak dengannya'
• Menetapkan dan memanggil seseorang atau peristiwa sewenang-wenang
o Menentukan serta menetapkan seseorang atau peristiwa itu negatif tanpa
membuat penilaian atau tafsiran yang menyeluruh
o Contoh: Memanggil seorang kawan dengan nama 'crybaby' hanya sebab dia
menangis, tanpa menyelidiki sebab dia menangis di atas kematian neneknya
o Pemulihan: Orang membuat sesuatu dengan bersebab, oleh itu kita jangan
mudah membuat andaian yang mereka menentang kita ataupun mereka itu
lemah
• Menolak perkara - perkara yang positif
o Menolak hal-hal yang positif dan menerima yang negatif
o Contoh: Membesar besarkan kekalahan permainan satu set yang melibat 3
permainan, walaupun menang satu permainan
o Pemulihan: Jikalau asyik mementingkan perkara negatif, sudah pasti
kehidupan anda akan diselubungi dengan perasaan negatif. Ambil yang positif
dan kehidupan anda tidak akan menjadi susah
• Alasan emosi
o Contoh: 'Bagaimana boleh ada sesuatu yang bagus di dunia ini jikalau saya
merasa begini?'
o Pemulihan: 'Saya merasa sedih, tetapi perkara lain semuanya masih OK'
• Membuat andaian
o Anda membuat kenyataan hanya mengikut perasaan dan anggapan, tanpa
menggunakan fakta
o Contoh: 'Saya tahu dia sengaja lakukan untuk pulang ke pangkuan saya'
o Pemulihan: 'Saya tidak tahu kenapa dia lakukan ini, tetapi saya tidak suka dia
berbuat demikian'
• Membesar - besarkan masalah
o Anda sengaja membesar besarkan masalah kecil
o Contoh: 'Saya tidak boleh bersabar! Saya tidak keluar melalui jalan ini!
Kenapa kuku saya mesti patah hari ini!'
o Pemulihan: Akui yang anda tidak suka hal itu berlaku, tetapi cuba
mengatasinya
• Membuat kritikan ke atas diri sendiri
o Anda dengan keras mengkritik diri sendiri dan tidak boleh menerima kesilapan
o Contoh:'Kesilapan yang bodoh! Betapa bodohnya saya! Bagaimana saya boleh
membuat kesilapan yang bodoh!'
o Pemulihan: Menjadi kebiasaan untuk berasa sedih apabila membuat salah.
Walau bagaimanapun ia bukannya bermakna berakhir untuk segala galanya,
kerana anda masih berpeluang melakukan sesuatu mengenainya
Kenapa saya berfikiran negatif dan membuat kesilapan dalam
berfikir?
Bagi seseorang, pemikiran negatif boleh mencetuskan sedikit stres, dan dapat membantunya
menyelesaikan masalah atau kesilapan. Walau bagaimanapun, cara seseorang memikir adalah
dari ikutan orang lain. Kesilapan dalam berfikir berlaku kepada kita semua dan ia berfungsi
sebagai penggalak dalam kehidupan harian kita. Namun dalam jangka masa panjang, ia boleh
mengubah keperibadian anda.
Bagaimana cara untuk saya berfikiran positif?
Untuk berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara
yang anda alami di dalam kehidupan harian anda.
Setiap kali anda dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan
sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila anda menyedari berlaku
kesilapan dalam fikiran anda, cuba perbetulkannya.
Beberapa cara termasuk:
• Senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukan dengan
baik
• Ambil perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui (peluangnya,
sedikit sahaja)
• Cari bukti-bukti yang seseorang itu jahat sepenuhnya (peluangnya, tiada langsung)
• Terima apa saja yang positif sebagai kebaikan, bukan sebagai hal yang kecil
• Anggapkan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan
• Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian buruk
• Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda
• Kesilapan merupakan peluang untuk belajar
• Beri perhatian ke atas perkara yang anda berupaya melakukannya, berbanding dari
apa yang tidak mampu anda lakukan
Bilakah saya boleh mengamalkan berfikiran positif?
Bila-bila masa dan di mana saja, terutama sekali apabila anda terasa mempunyai perasaan
negatif.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan berfikiran
positif?
• Tentukan matlamat yang mampu dicapai
• Berkawan dengan orang yang berfikiran positif
• Kerap mengamalkan senaman relaksasi
• Amalkan jenaka di dalam kehidupan harian anda - ketawa boleh membantu
• Selalu berada di tempat-tempat pembinaan aspek kerohanian
Di mana saya boleh mendapat bantuan?
• Ahli keluarga
• Kawan-kawan
• Guru
• Kaunselor
• Psikologi
• Guru Agama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan