Ahad, 30 Oktober 2011

pemikiran

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

Komponen utama KBKK:

*

Berfikir secara kritis,
*

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

*

menjana dan menghasilkan idea,
*

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
*

menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

*

membanding dan membeza:
*

membuat kategori,
*

meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
*

menerangkan sebab.
*

membuat sekuen / urutan.
*

menentukan sumber yang dipercayai,
*

membuat ramalan,
*

mengusul periksa andaian,
*

membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

* mencipta analogi
* menjana dan menghasilkan idea baru
* mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?

Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

Khamis, 27 Oktober 2011

pemikiran.

Cara pemikiran berkenaan termasuk:
• Berfikir hanya untuk mendapatkan kesemua atau tidak dapat langsung
o Mempunyai alasan yang mendesak dan hanya kata dua
o Contoh: 'Jikalau saya tidak diterima masuk ke kelas yang terbaik, bermakna
saya tidak berguna langsung'
o Pemulihan: Ulang kaji tujuan matlamat anda kerana mungkin anda meletakan
matlamat pencapaian yang tidak munasabah
• Mudah membuat kesimpulan
o Disebabkan oleh satu kejadian atau satu kesilapan seseorang, maka
keseluruhan peristiwa atau seseorang itu dinilai dan dipandang rendah
o Contoh: 'Dia selalu lewat dan tidak pernah datang awal!'
o Pemulihan: Membuat penilaian yang teliti dan jangan membuat keputusan
yang melulu terhadap seseorang - 'Dia kerap sampai lewat, atau sekurang
kurangnya sewaktu terserempak dengannya'
• Menetapkan dan memanggil seseorang atau peristiwa sewenang-wenang
o Menentukan serta menetapkan seseorang atau peristiwa itu negatif tanpa
membuat penilaian atau tafsiran yang menyeluruh
o Contoh: Memanggil seorang kawan dengan nama 'crybaby' hanya sebab dia
menangis, tanpa menyelidiki sebab dia menangis di atas kematian neneknya
o Pemulihan: Orang membuat sesuatu dengan bersebab, oleh itu kita jangan
mudah membuat andaian yang mereka menentang kita ataupun mereka itu
lemah
• Menolak perkara - perkara yang positif
o Menolak hal-hal yang positif dan menerima yang negatif
o Contoh: Membesar besarkan kekalahan permainan satu set yang melibat 3
permainan, walaupun menang satu permainan
o Pemulihan: Jikalau asyik mementingkan perkara negatif, sudah pasti
kehidupan anda akan diselubungi dengan perasaan negatif. Ambil yang positif
dan kehidupan anda tidak akan menjadi susah
• Alasan emosi
o Contoh: 'Bagaimana boleh ada sesuatu yang bagus di dunia ini jikalau saya
merasa begini?'
o Pemulihan: 'Saya merasa sedih, tetapi perkara lain semuanya masih OK'
• Membuat andaian
o Anda membuat kenyataan hanya mengikut perasaan dan anggapan, tanpa
menggunakan fakta
o Contoh: 'Saya tahu dia sengaja lakukan untuk pulang ke pangkuan saya'
o Pemulihan: 'Saya tidak tahu kenapa dia lakukan ini, tetapi saya tidak suka dia
berbuat demikian'
• Membesar - besarkan masalah
o Anda sengaja membesar besarkan masalah kecil
o Contoh: 'Saya tidak boleh bersabar! Saya tidak keluar melalui jalan ini!
Kenapa kuku saya mesti patah hari ini!'
o Pemulihan: Akui yang anda tidak suka hal itu berlaku, tetapi cuba
mengatasinya
• Membuat kritikan ke atas diri sendiri
o Anda dengan keras mengkritik diri sendiri dan tidak boleh menerima kesilapan
o Contoh:'Kesilapan yang bodoh! Betapa bodohnya saya! Bagaimana saya boleh
membuat kesilapan yang bodoh!'
o Pemulihan: Menjadi kebiasaan untuk berasa sedih apabila membuat salah.
Walau bagaimanapun ia bukannya bermakna berakhir untuk segala galanya,
kerana anda masih berpeluang melakukan sesuatu mengenainya
Kenapa saya berfikiran negatif dan membuat kesilapan dalam
berfikir?
Bagi seseorang, pemikiran negatif boleh mencetuskan sedikit stres, dan dapat membantunya
menyelesaikan masalah atau kesilapan. Walau bagaimanapun, cara seseorang memikir adalah
dari ikutan orang lain. Kesilapan dalam berfikir berlaku kepada kita semua dan ia berfungsi
sebagai penggalak dalam kehidupan harian kita. Namun dalam jangka masa panjang, ia boleh
mengubah keperibadian anda.
Bagaimana cara untuk saya berfikiran positif?
Untuk berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara
yang anda alami di dalam kehidupan harian anda.
Setiap kali anda dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan
sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila anda menyedari berlaku
kesilapan dalam fikiran anda, cuba perbetulkannya.
Beberapa cara termasuk:
• Senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukan dengan
baik
• Ambil perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui (peluangnya,
sedikit sahaja)
• Cari bukti-bukti yang seseorang itu jahat sepenuhnya (peluangnya, tiada langsung)
• Terima apa saja yang positif sebagai kebaikan, bukan sebagai hal yang kecil
• Anggapkan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan
• Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian buruk
• Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda
• Kesilapan merupakan peluang untuk belajar
• Beri perhatian ke atas perkara yang anda berupaya melakukannya, berbanding dari
apa yang tidak mampu anda lakukan
Bilakah saya boleh mengamalkan berfikiran positif?
Bila-bila masa dan di mana saja, terutama sekali apabila anda terasa mempunyai perasaan
negatif.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan berfikiran
positif?
• Tentukan matlamat yang mampu dicapai
• Berkawan dengan orang yang berfikiran positif
• Kerap mengamalkan senaman relaksasi
• Amalkan jenaka di dalam kehidupan harian anda - ketawa boleh membantu
• Selalu berada di tempat-tempat pembinaan aspek kerohanian
Di mana saya boleh mendapat bantuan?
• Ahli keluarga
• Kawan-kawan
• Guru
• Kaunselor
• Psikologi
• Guru Agama

Isnin, 24 Oktober 2011

Ketahui Corak Pemikiran kita..??



Apakah pemikiran positif?

Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan
ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina.
Apakah manfaat yang saya dapat dengan berfikiran positif?
• Pada keseluruhannya anda akan merasa bahagia
• Anda akan disenangi dan dihormati
• Anda akan mudah mendapat kawan
• Anda akan menjalinkan hubungan sosial yang baik
• Anda berupaya untuk menangani stres dengan menjadikan keadaan negatif sebagai
peluang untuk anda belajar
• Anda cenderung melihat kebaikan orang lain dan ini akan mengelakkan wujud
permusuhan di antara anda dan orang lain
Adakah saya belum berfikiran positif?
Kemungkinan anda sudah berfikiran positif. Walau bagaimanapun kadang-kadang tercetus
pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan kita membuat kesilapan dalam berfikir.
Kesilapan dalam berfikir dan pemikiran yang tidak rasional adalah punca utama
menyebabkan terjadinya pemikiran negatif. Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi
negatif seperti stres, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku
tingkah laku negatif seperti pergaduhan.
Apakah pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam
berfikir?
Pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir adalah cara pemikiran yang tidak
berasas dan mengakibatkan perasaan negatif dan ketidakupayaan. Cara pemikiran sedemikian
tidak memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, ia tetap
berlaku dan menjadi lumrah kehidupan.

Semuanya telah berakhir......


Tidak ada lagi yang mampu dibuat,selain menyesal.hidup ini tak da persimpangan yang boleh di singgahi untuk kembali ke masa permulaan perlumbaan di mulakan,aku hanya insan biasa,tidak ada kata lan yang boleh di ucapkan,selain aku lemah,lembik,bodoh...
kenapalah aku sangat keras kepala,di suuruh buat yang itu,mudah mengeluh.tapi kalau keras jugak,aku trylah hantak dengan botol.mesti berdarah..mungkin di masukan ke hospital sakit jiwa..huhuhu..
Apa lagi yang aku boleh buat buat masa sekarang,selain menyesal dan sedar akan kekalahan.tak da lagi jalan yang singkat buat aku lari dari kenyataan,terimalah hakikat walaupun pahit .telan ajalah.mungkin peluang kedua boleh memperbaiki segala kelemahan yang,seorang manusia yang lemah dan bodoh,tidak akan begitu sekiranya dia ingin merubah nasibnya.aku tak tahu lagi mau apa dengan diri saya ni....????...

Ahad, 23 Oktober 2011

Apakah Matlamat Kita....???..



Tetapan matlamat sebelum dunia kiamat,

MATLAMAT.........????

Ramai dari kita masih tidak tahu tujuan dan hala tuju yang sebenar,seolah-olah masih bermain-main di dunia khayalan dan fantasi.Beritahu saya,apakah tujuan kita di lahirkan di dunia,
bermain-main.....??
cari kekayaan.....??
mengejar kejayaan..??
kita terus bertanya sehingga kita sendiri tidak pasti apakah tujuan kita dilahirkan dan di hidupkan..dunia ini penuh dengan khayalan dan fantasi yang boleh membingungkan,megarut,dan melahirkan paradigma yang dunia tempat untuk berrgembira,ssehingga kita lupa tujuan asal di ciptakan..tujuan kita di lahirkan di dunia adallah melaksanakan perintah Allah S.W.T..jangan kata kehidupan kita ini payah untuk mengejar matlamat.Semua manusia yang ada di luar kelompok kita masing-masing mengejar matlamat yang di rasakn adalah tujuan mereka dan penetapaan yang membawa merka kepada kejayaan..Mereka rasakan yang merak hidup hanya unutk mengejar matlamat,ini dapat saya buktikan dalam senario kehidupan hampir sebilangan manusia,yang kaya nak menambah kekayaan,yang bodo nak jadi pandai,yang jelik nak jadi lawa..begitulah hampir terjadi dalam kehidupan masyarakat pada masa kini..tak ada manusia yang mahu mengelak daripada mengejar matlamat,bagi mereka matlamat adalah tujuan,tujuan melahirkan kejayaan,kejayaan menghasilkan kepuasan..fikirakn sejenak matlamat..apa yang kita dapat rasakn,tekanan atau kebingungan...

bersambung

Sabtu, 22 Oktober 2011

Enam Topi cara pemikiran yang UNIK...


Enam topi de bono..

Apakah jenis pemikiran anda..
Soalnya kita sentiasa memikir dan terfikir apa simulasi dan kaedah pemikiran yang seimbang,adakah dengan memikirkan benda yang menenangkan fikiran dan jiwa.semua dari kita ingin lari dari dunia yang penuh dengan pancaroba yang di penuhi masalah yang semakin memeningkan otak sehingga menyakitakan kepala masing2..

Pernah saya membaca buku “ Belajar berfikir”,karangan Ainon Mohd&Abdullah Hasan, satu persoalan yang saya suka kongsikan dengan korang sekalian tentang teori 6 topi berfikir Edward de Bono. Teori ini agak signifikan dengan pengurusan daya pemikiran dalam mesyuarat iaitu setiap individu ada gaya berfikir masing2 untuk menvariasikan method perbincangan dan mendasari isu dari segenap sudut. Ya, walapun teori ini datang dari BARAT namun tiada salahnya kita aplikasikannya jika mendatangkan maslahah tanpa melampaui batas syariat. Apa teori enam topi berfikir de Bono? Ia membahagikan setiap topi pada individu berbeza untuk membawa watak yang berbeza. Jenis topi berwarna de Bono ini antaranya ialah :


PERTAMA >> Topi hijau : bayangkan bumi yang subur,pohon yang menghijau. Topi hijau lambang kreatif&konstruktif.Bila pakai topi ini ia amat berminat dengan idea baru,alternative, bersifat proaktif bukan reaktif.Suka bertanya,menyoal dan mencabar.

KEDUA >> Topi putih : bayangkan kertas putih kosong. Ia adalah maklumat semata2,tiada tafsiran, tiada emosi, dan hanya pentingkan maklumat dalam berdiskusi.

KETIGA >> Topi Biru : Bayangkan langit membiru,tinggi. Maka, topi biruberfikir tentang berfikir. Ia mengawal topi2 yang lain,biasanya dimiliki oleh Pengerusi majlis.

KEEMPAT >> Topi hitam : bayangkan malam yang gelap. Topi hitam topi yang kritikal, pemikiran negative.Ia menghindarkan kita dari melakukan kesilapan dan sifatnya sentiasa mencari salah. Seeloknya gunanya dengan kadar yang minimum.

KELIMA >> Topi kuning: bayangkan pagi yang cerah. Ia akan membawa pemikiran yang optimis, positif dan cuba mengeluarkan idea secara positif.

KEENAM >> Topi merah : melambangkan perasaan. Ia mengambil kira perihal perasaan dan kesannya pada pelaksana sesuatu pekerjaan.Menilai dengan belas ihsan dan reaksi umum.

Ini antara teori de Bono tentang 6 topi berfikir yang saya ingin kongsikan bersama.Insyaallah, jika ada kelapangan kita akn berbincang pula tentang teori 6 kasut bertindak pula.Segala yang baik datangnya dari ALLAH dan boleh diambil pengajarannya,yang lemah kelemahan kita bersama, akuilah dan perbaikilah ia. Selamat bermesyuarat!!

Jumaat, 21 Oktober 2011

Erti hidup di Politeknik Kota Kinabalu...



Tahun 2011 umpama tahun yang paling singkat bagi saya,dalam tempoh ini juga pelbagai pekara yang baru saya pelajari.bermula lepasnya saya dari sekolah menengah dan merancang melanjutkan pelajaran.Fikiran ku tak dapat ku mengerti..kaki di kepala,kepala di kaki..
Tak pernah saya befikir yang dunia ipta ni dunia robot.kita akan di kawal dan masa adalah segalanya.kalau tak dapat seiring.otak pun akan jadi miring..lalu mebikin kita tak tentu arah.nak guna kompas pun tak dapat membantu kita ke arah yang betul..
Bukan nak di kata dunia di ipta adalah yang terbaik,tapi cukupkah ia untuk memperbaiki diri kita.mungkin setakat akan mendisplinkan kita sahaja...semua orang akan memilih jalan yang di tentukan orang..knapa??
Pensyarah kita sedaya upaya mereka memujuk kita supaya bersainglah di arean gelanggang pelajaran,bukan menujukan kekuataan badannya..insan yang tingi kuasa mindanya mudah menguasai pemikiran orang lain berbanding yang tagap badannya...hehehe..itupun kalau durang mepunyai minda yang lemah..
Belajar di ipta seperti poli ni cukup mematangkan sesiapa sahaja yang melaluinya..mereka akan berfikir yang mereka telah matang dan cuba berusaha memetangkan diri sendiri,tapi padahal masing banyak ruang kosong yang ada di dalam otak mereka..otak kita takan dapat di isi dengan ilmu sampai penuh..itulah keajaiban otak manusia...Setiap hari kita akan di ajar menjadi robot yang patuh kepada peraturan yang di tentukan oleh papan tanda kenyataan yang di lampirkan di dinding pentadbiran sampailah ke kelas,kantin dan ke tandas..apakah benda semua ni..
Ini adalah pukauan secara halus supaya kita dapat mematangkan diri kita dan bedisplin..inilah kunci seorang pelajar yang beretika dan berdisplin...bersambung..

Exam Di Poli k.kinabalu Makin Dekat...!!!



Setelah begelumang hampir 4bulan di politeknik k.inabalu ni.akhirnya sampai ke peringkat pengakihiran semester 1 bagi saya dan yang lain..So,keja tak lah.nak fikir apa yang mau dibuat,nak study pun da lewat

Nilah akibat selalu buat kerja menangguh kerja dan malas nak membelek buku dan belajar apa yang nak di ajar oleh pengsyarah.harap adalah keajaiban berlaku kepada kami semua..hahahahha.
dalam tempoh ini juga,saya dapat mengenal erti persahabatan,suka duka,gembira dan kejahatan.waisehhhh.Tempoh ini juga membuktikan yang seseorang yang malas,lembik dan tidak dapat mengikut perkembangan sebagai seorang pelajar di politeknik ni akan cuba di sisihkan,kamu rasa ini pilih kasi atau tedak,bagi saya ada patutunya dan tedak..
Adakah paradigma seorang pelajar akan memilih atau cencderung kepada kejayaan semata2,atau sebab lainnya mereka menganggap seorang kawan yang tidak dapat memberi sumbangan atau lemah dalam pelajaran hanyalah akan menyusahkan yang lain sahaja.Adakalanya apa yang di kata oleh mereka adalah betul,tetapi mereka tidak dapat membimbing rakan mereka yang lain......
Yang lemah akan terus lemah.Yang kuat akan terus bersaing...puncalah adalah kejayaan dan nama..seorang yang pandai dalam pelajaran akan cuba di teladani dan di ikut.Itu adalah lumrah dunai dan hidup,tapi kalau udah sombong serta membangaa diri..lebih baik jangan mencontohinya..
Paradigma kita hanyalah berfikir.yang kuat akan berdiri.yang lemah akan jatuh dan mati..
itulah konsep dunia haiwan,tetapi kenapa masih kita memilih jalan yang di reka oleh golongan yang hanya memikirkan duniawi..
Sangatlah susah bagi kita memikirkanya.....

Khamis, 20 Oktober 2011

Aktiviti Di Rumah Putera Harapan Ranau....

Sebaik sahaja aktiviti bergotong-royong di lakukan,aktiviti di sambung dengan acara sukaaneka yang di rancang oleh pengerusi rombongan kami,tujuan pengisian akitiviti ni adalah untuk menghiburkan para penghuni rumah putera harapan ranau.
Acara baru sahaja di mulakan dan di lepaskan...kekeke..
acara sukaaneka yang di buat untuk anak2 yatim adalah makan epal dalam pingan dan cari gula2 dalam tepung..maish jugak dalam pingan..kekeke...tengok muka dorang pun da jadi macam antu pocong...
Muka2 dorang yang di selaputi tepung.....
Acara yang terakhir.memenuhkan air di dalam botol...di kasi kili2 dorang..knpa??
ambil air dalam baldi.pastu suh pusing setempat 5 kali.dan jalan kaki sejauh 2 meter jah..jalan mebelakang tu ...penign kepala dorang...


Makan kamu tu epal...besar lagi wha....kekeke..cepat2,siapa cepat dia yang menang..
selesai acara sukananeka di adakan buat penghuni rumah putera harapan ranau..acara yang terakhir sebelum kami berarak meninggalkan mereka..harap dapat datang kembali semester yang ke-2...baybaybay....

Sepetang di Kinabalu Park..





Aktiviti ahad lalu di akhiri dengan bersantai melihat permandangan di kinabalu park,suasana petang jelas kelihatan,di tambah dengan cuaca yang cerah dan awan kurang kelihatan..kelihatan jelas puncak gunung kinabalu..
Persinggahan di kinabalu park memang mnerehatkan minda dan menenangkan jiwa.huhuh...
projek besantai kami di sana berlansung kira2 setengah jam..yang lain pulak sibuk bergambar untuk kenang2an...kami berjalan ke atas,menuju ke rumah persinggahan kinabalu park..permandangannya cukup menakjubkan mata memandang...

Rabu, 19 Oktober 2011

Air Terjun Kepungit,Poring...




Air Terjun Kipungit



Salam...setibanya di poring..ekspidisi di teruskan mengikut senior ke dalam hutan...memburu bakas..hahaha...salah,bukan tu mau di cari.kami mau cari air terjun ayng indah dalam hutan...perjalanan mengambil masa kira2 10 minit ke dalam hutan....suasana yang menyenangkan minda menghantui diri masing..terasa bebas dari tekanan politeknik kota kinabalu..tedak ada benda lain yang di fikirkan selain nak pergi mandi di air terjun....



Gambar2 semasa diAir Terjun Kipungit,poring






Mandi-manda di poring,sampai tebakar kulit...??



Tragedi 16 oktobeR 1




Peristiwa paling di ingati dalam hidup,sebab kali pertama menjejakan kaki pi Ranau,sekali gus ke poring pada kepetangan,detik jam 1.45.Bas bertolak ke poring ,keadan masa tu mendung,risaw jugak kalau nanti air terjun deras atau air kolam melimpah ruah..huhu.
Perjalanan ke poring mengambil masa kira setengah jam.jarak perjalanan yang di lalui setelah naik bukit,turun bukit,masuk hutan,semuanya kira2 20 kilometer lebih..Di pertengahan jalan tempias mendung hampir berkurangan,hinggakan mendung cau semua!!..kekeke..
Cuaca waktu tu panas kembali,menyebabkan hati pun senang,permandangan di sekitar tepi jalan menuju ke poring memang siuk di tengok.Suasana kampung memang terasa,di pertengahan jalan.my genk memberitahu kami,kompleks sukan ranau jelas kelihatan.patutlah suasana di sana sejuk dan tak terasa panas.ia terletak di atas bukit...gara siuk menengok,tak sempat mengambar kompleks tu....huhhuhu,sedih nya bah....
setibanya di poring,kesemuanya bingkas berdiri dari bangku masing2 setelah melabuh dunia mimpi dorang.Pengerusi rombongan kami membawa kami ke kaunter membeli tiket,setiap sorang di kenakan 3 ringgit..tak sabar rasanya mau mandi kolam air panas dan air terjun..setibanya di kawasan poring.suasana orang ramai lebih banyak daripada yang saya sangka...dalam hutan pun gini banyak orang..huhuhuh,gua fikir orang utan...kakakakakkaka..guraw jak..semua pun melihat kiri dan kanan..mna tau ada benda something,everything yang bikin terpelanting...senior membawa kami ke arah sungai terjun kepungit yang terletak di pendalaman hutan...penat jugak jalan kaki oh...boleh patah kalau mcam gini...


Gambar2 di bawah mengambarkan suasana poring...1











Macam semat tak gambarnya...kekeke


Program Khidmat Masyarakat Anjuran Politeknik kota kinabalu di Ranau...

Sambungan..Tepat jam 10pagi ataw lebih.kami sampai di destinasi yang mau di tuju.tapi sebelum tu singgahlah di pekan Ranau bah,ambik angin pekan ranau ni duluan.suasananya memang lah cantik...berada d tepi lembah pergunungan kinabalu..tambahan lagi suasana pagi yang cerah...memang siuklah untuk berjalan2 di persekitaran pekan ni...berada di pekan ni tedaklah lama sangan,kerana hendak menuju ke rumah putera harapan ranau..sisipan gambar ranau..

Bergambar bersama anngota romb0ngan ekspedisi..kekeke







Snap gambar duluan sebelum naik baS.










Snap gambar dalam baS.





Kenangan Di Rumah Putera Harapan Ranau.

Sambungan.
ketibaan kami di sambut oleh pengerusi rumah putera harapan,pada jam 10 setengah,kami menyusun barang2 dan segala kelengkapan..
Yang lain pulak,menyapu da.huhuhuhu..
berpun penat.tapi happy tetap..sebelum aktiviti di mulakan,acara yang pertama di mulakan dengan pembacaan doa oleh seorang pelajar poli,selepas tu disertai dengan ucapan aluan-aluan oleh pengurusi rumah terbabit dan di sambung oleh pengurusi rombongan kami.Selepas ucapan di selesaikan,kami bersiap mengambil perkakasan masing2 untuk memulkan kerja kami untuk berbakti kepada masysarakat,aisehhhmennn kerja pun di sambung.sebahagian rakan kami membersihkan bilik mandi dan tandas.yang lain membersihkan kawasan sekitar..
minum dulu sebelum buat kerja..


sesi bergambar bersama genk2..



happy ni penghuni rumah putera harapan ranau apabila menyambut kedatangan kami..

Selasa, 18 Oktober 2011

Permandangan Pekan Ranau.

Sambungan....
setelah 2 jam perjalanan menuju ke Ranau melalui jalan raya..akhirnya tiba kat pekan ranau..biar pun kecil..tapi permandangan cukup memyeronokan dan menyihatkan mata dan minda sesipa yang melihatnya,Pada mas tu hari cukup cerah,seperti apa yang di ramal oleh jabatan kaji cuaca.kekeke
Awan jelas kurang kelihatan di masa tu.so kami dapa melihat kawasan bukit-bukau ranau dengan jelas dan terang...cuacanya tedaklah panas sangat..suam2 gitulah...kami hanya berehat 20 minint untuk mengambil angin dan berehat serta mencari tandas...kekeke..Kesempatan tu di ambil dengan mengambil gambar kawasan pekan Ranau..orang kat sini baik2 belaka...huhuh..macam pelancong lak pulak..buat seorang tukang ambik gambar seperti saya ni,bila tak da bateri..boleh jadi lembik dan hilang semangat di buatnya..tengah gitu sibuk,berkemsempatan pergi ke kedai runcit membeli bateri..senang lah hati ku..
Gambar-gambar Pekan Ranau..





Semua Gambar2 ni memang mnarik buat saya...

Trip ke RanaU...program khidmat masyarakat..

Salam..kebetulan pada hujung minggu lepas,kami berkemsempatan menyertai satu program yang di anjur oleh pihak pengurusan kamsis L dan mendapat sokongan dari pentadbiran pihak poli,program ni boleh lah dikatakan mengisi masa luang di kamsis..seperti yang di rancang,program kali ni adalah kali ke-2.tujuan program ini adalah lebih di tekankan tentang serba sedikit mengenai kehidupan anak-anak yatim di rumah putera harapan_RANAU..
kami bertolak pada jam 8 pagi,walaupun yang dirancang adalah jam 6 pagi...huhuh.cakap tak seupa bikin,tapi tak apa.perjalanan menuju ke Ranau memang best gilak lah..jalan di waktu pagi.sambil mengharap matahari yang muncul dari timur.sebelum kami sampai ke simpang tamparuli..Bas berhenti ke restoran di seberang jalan..nak mengisi perut lah katakan dan beli makanan ringan untuk di makan di tengah jalan..perjalanan yang mengambil masa 2jam sememangnya tidak dapat di gambarkan dengan kata2..cuma gambar jak lah yang dapat mengambarkanya..hehehehe...
gambar di bawah sempat ddi ambil ketika di dalam bas semasa dalam perjalanan menuju ke ranau...




Sabtu, 15 Oktober 2011

Panorama Politeknik Kota Kinabalu....

Kalau ada waktu petang,takda aktiviti yang bagus,melainkan maen bola,futsal atau sewaktu denganya..tapi aktiviti paling di sukai..tangkap gambar..meh tangkap gambar di politeknik k.kinabalu..hehehe




kumpulan zero"..peserta paling power Raja Lawak musim ke-6(tme uji bakat)

salam...nak upload gambar baru lah.gambar ni adalah kengkawan sia sekampung dulu..sekarang dorang nak pi join uji bakat raja lawak musim ke-6 kat 1borneo...alhamdullilah dorang di bagi respek oleh juri dan penonton..Untuk pengetahuan korang,dorang ni merupakan adik-beradik satu kepala....muka dorang pun bikin lucu..





..hehe