Jumaat, 14 Oktober 2011

Rahsia Malaysia Telah Maju Daripada U.S dan Jepun...??

Bukti MALAYSIA jauh lebih maju daripada JEPUN dan AMERIKA SYARIKAT


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia aku ucapkan,



Sejak mencapai kemerdekaan negara pada tahun 1957, Malaysia semakin berkembang maju dan sehingga kini negara kita sudahpun berjaya mengatasi beberapa kuasa negara besar lain yang dahulunya jauh lebih maju daripada Malaysia ini. Tapi kini, beberapa faktor telah mengukuhkan betapa Malaysia juga jauh lebih maju daripada JEPUN dan AMERIKA SYARIKAT.




Bukti MALAYSIA jauh lebih maju daripada JEPUN dan AMERIKA SYARIKAT telah pun diketahui ramai selepas di hebahkan oleh SUMBER ketika sidang Parlimen berjalan semalam. Bukti ini telah menaikkan semangat rakyat Malaysia untuk menguatkan usaha untuk menyumbang sesuatu yang berharga untuk negara kita.

Mari sama-sama ketahui Bukti Malaysia jauh lebih maju daripada Jepun dan Amerika Syarikat melalui cerita TEKNOLOGI MALAYSIA VS JEPUN & AMERIKA.

Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!

BUKTI MALAYSIA JAUH LEBIH MAJU DARIPADA JEPUN DAN AMERIKA SYARIKAT membuatkan aku bangga menjadi Anak Malaysia, negara bertuah yang berdaulat ini. Hehehe,sekian sahaja entri santai aku pada kali ini. Penafian dari aku, entri ini dibuat tanpa niat untuk mempersendakan mana-mana pihak. Harap maklum ye, aku tak mau bertanggungjawab kalau ada sape-sape yang tersentap.

KEEP ON SMILING:)

credit t0
http://azrijohan.blogspot.com/2011/10/bukti-malaysia-jauh-lebih-maju-daripada.html

1 ulasan: