Sabtu, 22 Oktober 2011

Enam Topi cara pemikiran yang UNIK...


Enam topi de bono..

Apakah jenis pemikiran anda..
Soalnya kita sentiasa memikir dan terfikir apa simulasi dan kaedah pemikiran yang seimbang,adakah dengan memikirkan benda yang menenangkan fikiran dan jiwa.semua dari kita ingin lari dari dunia yang penuh dengan pancaroba yang di penuhi masalah yang semakin memeningkan otak sehingga menyakitakan kepala masing2..

Pernah saya membaca buku “ Belajar berfikir”,karangan Ainon Mohd&Abdullah Hasan, satu persoalan yang saya suka kongsikan dengan korang sekalian tentang teori 6 topi berfikir Edward de Bono. Teori ini agak signifikan dengan pengurusan daya pemikiran dalam mesyuarat iaitu setiap individu ada gaya berfikir masing2 untuk menvariasikan method perbincangan dan mendasari isu dari segenap sudut. Ya, walapun teori ini datang dari BARAT namun tiada salahnya kita aplikasikannya jika mendatangkan maslahah tanpa melampaui batas syariat. Apa teori enam topi berfikir de Bono? Ia membahagikan setiap topi pada individu berbeza untuk membawa watak yang berbeza. Jenis topi berwarna de Bono ini antaranya ialah :


PERTAMA >> Topi hijau : bayangkan bumi yang subur,pohon yang menghijau. Topi hijau lambang kreatif&konstruktif.Bila pakai topi ini ia amat berminat dengan idea baru,alternative, bersifat proaktif bukan reaktif.Suka bertanya,menyoal dan mencabar.

KEDUA >> Topi putih : bayangkan kertas putih kosong. Ia adalah maklumat semata2,tiada tafsiran, tiada emosi, dan hanya pentingkan maklumat dalam berdiskusi.

KETIGA >> Topi Biru : Bayangkan langit membiru,tinggi. Maka, topi biruberfikir tentang berfikir. Ia mengawal topi2 yang lain,biasanya dimiliki oleh Pengerusi majlis.

KEEMPAT >> Topi hitam : bayangkan malam yang gelap. Topi hitam topi yang kritikal, pemikiran negative.Ia menghindarkan kita dari melakukan kesilapan dan sifatnya sentiasa mencari salah. Seeloknya gunanya dengan kadar yang minimum.

KELIMA >> Topi kuning: bayangkan pagi yang cerah. Ia akan membawa pemikiran yang optimis, positif dan cuba mengeluarkan idea secara positif.

KEENAM >> Topi merah : melambangkan perasaan. Ia mengambil kira perihal perasaan dan kesannya pada pelaksana sesuatu pekerjaan.Menilai dengan belas ihsan dan reaksi umum.

Ini antara teori de Bono tentang 6 topi berfikir yang saya ingin kongsikan bersama.Insyaallah, jika ada kelapangan kita akn berbincang pula tentang teori 6 kasut bertindak pula.Segala yang baik datangnya dari ALLAH dan boleh diambil pengajarannya,yang lemah kelemahan kita bersama, akuilah dan perbaikilah ia. Selamat bermesyuarat!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan