Ahad, 30 Oktober 2011

pemikiran

Jenis-Jenis Kemahiran Berfikir

Apakah komponen utama kemahiran berfikir (KB)?

Komponen utama KBKK:

*

Berfikir secara kritis,
*

Berfikir secara kreatif.

Apakah kemahiran berfikir secara kritis?

KB secara kritis ialah kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan dan kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan dan kelemahan sesuatu hujah, dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

Apakah kemahiran berfikir secara kreatif?

Kecekapan menggunakan minda untuk:

*

menjana dan menghasilkan idea,
*

mencipta sesuatu yang baru, asli, luar biasa, pelbagai, dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan.
*

menerokai dan mencari makna , pemahaman dan penyelesaian masalah seacara inovatif.

Apakah contoh-contoh kemahiran berfikir bagi setiap komponen itu?

Contoh-contoh kemahiran berfikir secara kritis:

*

membanding dan membeza:
*

membuat kategori,
*

meneliti bahagian-bahagian kecil dan keseluruhan.
*

menerangkan sebab.
*

membuat sekuen / urutan.
*

menentukan sumber yang dipercayai,
*

membuat ramalan,
*

mengusul periksa andaian,
*

membuat inferens

Contoh kemahiran berfikir secara kreatif:

* mencipta analogi
* menjana dan menghasilkan idea baru
* mencipta metafora,

Bagaimanakah dengan kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah?

Kedua-duanya termasuk ke dalam komponen berfikir secara kritis dan komponen berfikir secara kreatif.

Khamis, 27 Oktober 2011

pemikiran.

Cara pemikiran berkenaan termasuk:
• Berfikir hanya untuk mendapatkan kesemua atau tidak dapat langsung
o Mempunyai alasan yang mendesak dan hanya kata dua
o Contoh: 'Jikalau saya tidak diterima masuk ke kelas yang terbaik, bermakna
saya tidak berguna langsung'
o Pemulihan: Ulang kaji tujuan matlamat anda kerana mungkin anda meletakan
matlamat pencapaian yang tidak munasabah
• Mudah membuat kesimpulan
o Disebabkan oleh satu kejadian atau satu kesilapan seseorang, maka
keseluruhan peristiwa atau seseorang itu dinilai dan dipandang rendah
o Contoh: 'Dia selalu lewat dan tidak pernah datang awal!'
o Pemulihan: Membuat penilaian yang teliti dan jangan membuat keputusan
yang melulu terhadap seseorang - 'Dia kerap sampai lewat, atau sekurang
kurangnya sewaktu terserempak dengannya'
• Menetapkan dan memanggil seseorang atau peristiwa sewenang-wenang
o Menentukan serta menetapkan seseorang atau peristiwa itu negatif tanpa
membuat penilaian atau tafsiran yang menyeluruh
o Contoh: Memanggil seorang kawan dengan nama 'crybaby' hanya sebab dia
menangis, tanpa menyelidiki sebab dia menangis di atas kematian neneknya
o Pemulihan: Orang membuat sesuatu dengan bersebab, oleh itu kita jangan
mudah membuat andaian yang mereka menentang kita ataupun mereka itu
lemah
• Menolak perkara - perkara yang positif
o Menolak hal-hal yang positif dan menerima yang negatif
o Contoh: Membesar besarkan kekalahan permainan satu set yang melibat 3
permainan, walaupun menang satu permainan
o Pemulihan: Jikalau asyik mementingkan perkara negatif, sudah pasti
kehidupan anda akan diselubungi dengan perasaan negatif. Ambil yang positif
dan kehidupan anda tidak akan menjadi susah
• Alasan emosi
o Contoh: 'Bagaimana boleh ada sesuatu yang bagus di dunia ini jikalau saya
merasa begini?'
o Pemulihan: 'Saya merasa sedih, tetapi perkara lain semuanya masih OK'
• Membuat andaian
o Anda membuat kenyataan hanya mengikut perasaan dan anggapan, tanpa
menggunakan fakta
o Contoh: 'Saya tahu dia sengaja lakukan untuk pulang ke pangkuan saya'
o Pemulihan: 'Saya tidak tahu kenapa dia lakukan ini, tetapi saya tidak suka dia
berbuat demikian'
• Membesar - besarkan masalah
o Anda sengaja membesar besarkan masalah kecil
o Contoh: 'Saya tidak boleh bersabar! Saya tidak keluar melalui jalan ini!
Kenapa kuku saya mesti patah hari ini!'
o Pemulihan: Akui yang anda tidak suka hal itu berlaku, tetapi cuba
mengatasinya
• Membuat kritikan ke atas diri sendiri
o Anda dengan keras mengkritik diri sendiri dan tidak boleh menerima kesilapan
o Contoh:'Kesilapan yang bodoh! Betapa bodohnya saya! Bagaimana saya boleh
membuat kesilapan yang bodoh!'
o Pemulihan: Menjadi kebiasaan untuk berasa sedih apabila membuat salah.
Walau bagaimanapun ia bukannya bermakna berakhir untuk segala galanya,
kerana anda masih berpeluang melakukan sesuatu mengenainya
Kenapa saya berfikiran negatif dan membuat kesilapan dalam
berfikir?
Bagi seseorang, pemikiran negatif boleh mencetuskan sedikit stres, dan dapat membantunya
menyelesaikan masalah atau kesilapan. Walau bagaimanapun, cara seseorang memikir adalah
dari ikutan orang lain. Kesilapan dalam berfikir berlaku kepada kita semua dan ia berfungsi
sebagai penggalak dalam kehidupan harian kita. Namun dalam jangka masa panjang, ia boleh
mengubah keperibadian anda.
Bagaimana cara untuk saya berfikiran positif?
Untuk berfikiran positif, memerlukan pemerhatian yang positif terhadap perkara-perkara
yang anda alami di dalam kehidupan harian anda.
Setiap kali anda dilanda berfikiran negatif atau berfikiran tidak rasional, cuba fikirkan
sebaliknya dan bentukannya dengan kata-kata positif. Apabila anda menyedari berlaku
kesilapan dalam fikiran anda, cuba perbetulkannya.
Beberapa cara termasuk:
• Senaraikan perkara yang anda sukai mengenai diri anda dan dapat melakukan dengan
baik
• Ambil perkara-perkara yang positif mengenai orang yang anda temui (peluangnya,
sedikit sahaja)
• Cari bukti-bukti yang seseorang itu jahat sepenuhnya (peluangnya, tiada langsung)
• Terima apa saja yang positif sebagai kebaikan, bukan sebagai hal yang kecil
• Anggapkan setiap kemajuan kecil sebagai satu langkah ke hadapan
• Terima sesuatu sebagaimana seadanya dan elak membuat andaian buruk
• Yakinkan diri anda dengan kata-kata semangat yang boleh membantu anda
• Kesilapan merupakan peluang untuk belajar
• Beri perhatian ke atas perkara yang anda berupaya melakukannya, berbanding dari
apa yang tidak mampu anda lakukan
Bilakah saya boleh mengamalkan berfikiran positif?
Bila-bila masa dan di mana saja, terutama sekali apabila anda terasa mempunyai perasaan
negatif.
Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengekalkan berfikiran
positif?
• Tentukan matlamat yang mampu dicapai
• Berkawan dengan orang yang berfikiran positif
• Kerap mengamalkan senaman relaksasi
• Amalkan jenaka di dalam kehidupan harian anda - ketawa boleh membantu
• Selalu berada di tempat-tempat pembinaan aspek kerohanian
Di mana saya boleh mendapat bantuan?
• Ahli keluarga
• Kawan-kawan
• Guru
• Kaunselor
• Psikologi
• Guru Agama

Isnin, 24 Oktober 2011

Ketahui Corak Pemikiran kita..??



Apakah pemikiran positif?

Pemikiran positif adalah cara pemikiran yang menjuruskan ke arah keupayaan dan bukan
ketidakupayaan. Pada asasnya, ia melihat pada aspek yang baik dan membina.
Apakah manfaat yang saya dapat dengan berfikiran positif?
• Pada keseluruhannya anda akan merasa bahagia
• Anda akan disenangi dan dihormati
• Anda akan mudah mendapat kawan
• Anda akan menjalinkan hubungan sosial yang baik
• Anda berupaya untuk menangani stres dengan menjadikan keadaan negatif sebagai
peluang untuk anda belajar
• Anda cenderung melihat kebaikan orang lain dan ini akan mengelakkan wujud
permusuhan di antara anda dan orang lain
Adakah saya belum berfikiran positif?
Kemungkinan anda sudah berfikiran positif. Walau bagaimanapun kadang-kadang tercetus
pemikiran yang tidak rasional mengakibatkan kita membuat kesilapan dalam berfikir.
Kesilapan dalam berfikir dan pemikiran yang tidak rasional adalah punca utama
menyebabkan terjadinya pemikiran negatif. Berfikiran negatif pula akan mewujudkan emosi
negatif seperti stres, dengki, benci, takut dan marah. Keadaan lebih teruk apabila berlaku
tingkah laku negatif seperti pergaduhan.
Apakah pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam
berfikir?
Pemikiran yang tidak rasional dan kesilapan dalam berfikir adalah cara pemikiran yang tidak
berasas dan mengakibatkan perasaan negatif dan ketidakupayaan. Cara pemikiran sedemikian
tidak memberi kebaikan untuk jangka masa yang panjang. Walau bagaimanapun, ia tetap
berlaku dan menjadi lumrah kehidupan.

Semuanya telah berakhir......


Tidak ada lagi yang mampu dibuat,selain menyesal.hidup ini tak da persimpangan yang boleh di singgahi untuk kembali ke masa permulaan perlumbaan di mulakan,aku hanya insan biasa,tidak ada kata lan yang boleh di ucapkan,selain aku lemah,lembik,bodoh...
kenapalah aku sangat keras kepala,di suuruh buat yang itu,mudah mengeluh.tapi kalau keras jugak,aku trylah hantak dengan botol.mesti berdarah..mungkin di masukan ke hospital sakit jiwa..huhuhu..
Apa lagi yang aku boleh buat buat masa sekarang,selain menyesal dan sedar akan kekalahan.tak da lagi jalan yang singkat buat aku lari dari kenyataan,terimalah hakikat walaupun pahit .telan ajalah.mungkin peluang kedua boleh memperbaiki segala kelemahan yang,seorang manusia yang lemah dan bodoh,tidak akan begitu sekiranya dia ingin merubah nasibnya.aku tak tahu lagi mau apa dengan diri saya ni....????...

Ahad, 23 Oktober 2011

Apakah Matlamat Kita....???..



Tetapan matlamat sebelum dunia kiamat,

MATLAMAT.........????

Ramai dari kita masih tidak tahu tujuan dan hala tuju yang sebenar,seolah-olah masih bermain-main di dunia khayalan dan fantasi.Beritahu saya,apakah tujuan kita di lahirkan di dunia,
bermain-main.....??
cari kekayaan.....??
mengejar kejayaan..??
kita terus bertanya sehingga kita sendiri tidak pasti apakah tujuan kita dilahirkan dan di hidupkan..dunia ini penuh dengan khayalan dan fantasi yang boleh membingungkan,megarut,dan melahirkan paradigma yang dunia tempat untuk berrgembira,ssehingga kita lupa tujuan asal di ciptakan..tujuan kita di lahirkan di dunia adallah melaksanakan perintah Allah S.W.T..jangan kata kehidupan kita ini payah untuk mengejar matlamat.Semua manusia yang ada di luar kelompok kita masing-masing mengejar matlamat yang di rasakn adalah tujuan mereka dan penetapaan yang membawa merka kepada kejayaan..Mereka rasakan yang merak hidup hanya unutk mengejar matlamat,ini dapat saya buktikan dalam senario kehidupan hampir sebilangan manusia,yang kaya nak menambah kekayaan,yang bodo nak jadi pandai,yang jelik nak jadi lawa..begitulah hampir terjadi dalam kehidupan masyarakat pada masa kini..tak ada manusia yang mahu mengelak daripada mengejar matlamat,bagi mereka matlamat adalah tujuan,tujuan melahirkan kejayaan,kejayaan menghasilkan kepuasan..fikirakn sejenak matlamat..apa yang kita dapat rasakn,tekanan atau kebingungan...

bersambung